'Pengamal perubatan perlu lapor segera kes kolera'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengingatkan semua pihak meningkatkan kawalan dan pencegahan susulan pengesanan kes kolera membabitkan seorang warganegara di daerah Petaling.

Pengarah JKNS, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata, semua pengamal perubatan perlu mengambil tindakan melaporkan serta merta kejadian kes kolera serta mengambil sampel najis bagi ujian kultur dan sensitiviti bagi yang disyaki bergejala.

"Pengamal perubatan perlu melaporkan kejadian kes kolera ke pejabat kesihatan daerah terdekat melalui telefon seterusnya melalui sistem e-notifikasi dalam masa 24 jam.

"Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," menurut satu surat edaran yang tular di media sosial bertajuk Alert: Kejadian Kes Kolera di Selangor bertarikh 12 November.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter mengesahkan kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor.

Penyakit kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Gejala awal kolera adalah cirit birit tanpa sakit, loya dan muntah serta boleh membawa kepada dehidrasi, circulatory collapse juga kematian.

Menerusi surat edaran tersebut, Dr Sha'ari menasihatkan orang awam untuk minum air yang telah dirawat atau yang telah dididihkan serta mengamalkan kebesihan diri dan mencuci tangan.

Artikel Berkaitan:

"Dapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala kolera dan jangan makan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

"Pihak pejabat kesihatan daerah diminta untuk meningkatkan survelan Acute Gastroenteritis (AGE) di semua klinik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!