Tiga nelayan hilang ditemui selamat

Tiga nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam ditemukan selamat. - Foto ihsan Maritim Malaysia
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam ditemukan selamat. - Foto ihsan Maritim Malaysia
A
A
A

LUMUT - Tiga nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Talang, Pantai Remis di sini pada Sabtu akhirnya ditemukan selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mangsa berusia 29, 62 dan 70 tahun ditemui kira-kira 11 pagi oleh bot nelayan tempatan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan pada Ahad.

"Mangsa kemudiannya dipindah ke sebuah bot nelayan tempatan lain bagi tujuan pendaratan mangsa di jeti nelayan Pantai Remis pada jam 2.30 petang.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan stabil," katanya dalam satu kenyataan,pada Ahad.

Kata Shahrizan, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan serta komuniti nelayan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Nelayan sempat hubungi isteri sebelum bot karam

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!