KDA, JDT sama liat di Darul Aman

Pemain KDA FC, Fayadh Zulkifli Amin (kanan) diasak dua pemain JDT FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Aman pada Ahad. FOTO KEDAH DARUL AMAN FC
Pemain KDA FC, Fayadh Zulkifli Amin (kanan) diasak dua pemain JDT FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Aman pada Ahad. FOTO KEDAH DARUL AMAN FC
A
A
A
ALOR SETAR - Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) tanpa jaringan pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Aman pada Ahad.

Perlawanan yang berlangsung pada tempo yang tinggi tersebut menyaksikan pelawat banyak menguasai perlawanan namun disiplin tinggi ditunjukkan tuan rumah berjaya menggagalkan usaha skuad Benjamin Mora.

Aksi seimbang dipertontonkan oleh juara dan naib juara Liga Super 2021 ini pada separuh masa pertama sehinggalah babak separuh masa pertama.

Namun menjelang babak kedua perlawanan, pelawat mula menggandakan asakan ke kubu tuan melalui gandingan Safawi Rashid, Bergson Da Silva dan Leandro Velazquez.

Bagaimanapun, corak permainan seimbang dan disiplin yang dipamerkan oleh KDA berjaya terus menghampakan Harimau Selatan sekaligus melegakan Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak.

Peluang terbaik hijau kuning muncul pada minit ke-71 menerusi Aiman Afif yang hampir meletakkan tuan rumah di hadapan hasil umpanan cantik Rizal Ghazali namun percubaan sedikit tersasar di hadapan pintu gol lawan.

JDT juga berpeluang untuk meraih satu gol menerusi Leandro menerusi sepakan percuma di hadapan pintu gol KDA namun rembatan menarik pada minit ke-91 namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Shahril Shaari.

Dua pasukan ini bakal bertemu sekali lagi pada aksi suku akhir kedua pada 18 November ini di Stadium Sultan Ibrahim bagi menentukan pemenang untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!