Nasib berbeza Selangor, Terengganu

Antara aksi Selangor menentang Kuala Lumpur City. FOTO Sabah FC.
Antara aksi Selangor menentang Kuala Lumpur City. FOTO Sabah FC.
A
A
A

NASIB berbeza menimpa dua pasukan pilihan Selangor FC dan Terengganu FC dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di venue masing-masing pada Ahad.

Selangor yang tampil dengan reputasi pasukan pilihan di saingan berprestij kejuaraan tertua bola sepak negara ini terpaksa akur mengalah 0-2 kepada jiran setempat Kuala Lumpur City.

Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan anak buah Bojan Hodak terlebih dulu di depan hasil tandukan Romel Morales minit ke-14' untuk memberi kelebihan awal kepada pelawat.

Bersambung babak kedua, anak buah Karsten Neitzel kembali menyusun rentak bagi mencari gol penyamaan, namun sekali lagi ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Kesempatan itu diambil dan manfaatkan skuad KL City apabila, Hadin Azman menggandakan kelebihan pelawat dengan gol minit 82'

Selangor antara pasukan terbanyak memenangi Piala Malaysia dengan 33 gelaran, namun kali terakhir mendakap trofi terbabit adalah pada 2015

Sementara itu, dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu FC (TFC) menepati jangkaan apabila menewaskan Sarawak United 2-1.

Tuan rumah terlebih dulu di depan hasil jaringan Faisal Halim pada minit ke-17 apabila meledak gol pendahuluan untuk skuad Nafuzi Zain bagi kedudukan 1-0.

Artikel Berkaitan:

Tersentak jaringan itu, pengendali Sarawak United, E Elavarasan memperkemaskan permainan akhirnya berjaya menyamakan menerusi jaringan sendiri pemain sendiri pelewat TFC, Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Faiz Nasir melakukan rembatan kencang untuk membolehkan tuan rumah mendahului 2-1 untuk keputusan kekal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!