Santos tetap optimis Portugal ke Qatar

Santos. - foto EPA
Santos. - foto EPA
A
A
A

BIARPUN dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Serbia pada Isnin, pengendali Portugal Fernando Santos optimis skuad kendaliannya itu bakal beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 kelak.

Menurut Santos, skuad kendaliannya itu masih berpeluang mara ke pentas Piala Dunia kerana bakal beraksi pada saingan play-off, Mac depan.

“Kami akan berada di Qatar. Kami tahu kami tidak melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan (menang), tetapi kami akan berada di sana.

“Ini kerana, kami sentiasa bermain untuk menang dan memikirkan mengenai corak serangan. Bagaimanapun, kali ini ia tidak menjadi sebagaimana yang kami inginkan.

“Oleh itu, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini,” katanya sejurus tamat perlawanan pada Isnin.

Pada perlawanan berkenaan Portugal membuka jaringan seawal minit ke-2 menerusi rembatan deras Renato Sanches, namun Dusan Tadic kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 apabila rembatannya gagal ditepis dangan baik penjaga gol tuan rumah, Rui Patricio.

Artikel Berkaitan:

Kesebelasan Portugal kelihatan kecewa dengan kekalahan 1-2 kepada Serbia. - foto EPA
Kesebelasan Portugal kelihatan kecewa dengan kekalahan 1-2 kepada Serbia. - foto EPA

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1,pemain gantian, Aleksandar Mitrovic muncul wira apabila menanduk masuk gol kemenangan The Eagles pada minit akhir perlawanan.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Serbia layak secara automatic ke Piala Dunia 2022 selaku juara Kumpulan A manakala Portugal perlu mengharungi aksi play-off Mac depan bagi mengesahkan slot ke saingan bola sepak paling berprestij di dunia itu. Sementara itu Santos menyifatkan Serbia telah beraksi dengan baik pada aksi kelayakan berkenaan berbanding Portugal.

Malah katanya, Serbia juga dilihat berjaya menguasai perlawanan pada penghujung perlawanan dan akhirnya berjaya merobek gawang Portugal bagi mengesahkan kemaraan.

“Apa yang boleh saya katakana,, Serbia telah beraksi dengan lebih baik. Kami telah mencuba namun tidak berjaya dan saya bertanggungjawab atas kekalahan ini.

“Kami hampir melakukannya (layak secara automatik), tetapi ia tidak berlaku. Kami juga menjaringkan gol dan juga mencipta peluang, namun persembahan kami dilihat mulai merosot pada penghujung perlawanan.

“Pemain dilihat kepenatan dan walau pun cuba bangkit, kami hanya mencetuskan masalah di sepanjang perlawanan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!