Tanggungjawab berat Enrique

Enrique bersama sebahagian pemain Sepanyol, meraikan kemenangan. - foto EPA
Enrique bersama sebahagian pemain Sepanyol, meraikan kemenangan. - foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique menegaskan dia bakal memikul tanggungjawab ‘berat’ setelah memastikan skuad kendaliannya itu mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022, Qatar setelah menewaskan Sweden 1-0, pada Isnin.

Menurut Enrique, dia perlu memulakan persiapan mulai sekarang bagi memastikan skuad La Roja itu bersedia secukupnya bagi mengharungi aksi lebih getir di Piala Dunia kelak.

“Hari ini (Isnin) adalah hari yang cukup bermakna buat kami. Setelah melalui beberapa detik yang sukar, kami masih meletakkan kepercayaan dan akhirnya kami berjaya melakukannya (layak ke Piala Dunia).

“Kami memiliki kumpulan pemain yang baik, bukan hanya 25 tetapi juga melibatkan pemain-pemain yang baru mendapat panggilan.

Enrique. - foto EPA
Enrique. - foto EPA

“Kini kami sudah berada di Piala Dunia dan ternyata ia satu tanggungjawab yang berat buat saya; boleh saya katakana ia lebih ‘berat’ berbanding Kejohanan Euro atau Kejohanan Liga Negara-Negara UEFA,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada aksi terakhir Kumpulan B pada Isnin, pemain gantian Alvaro Morata muncul wira skuad La Roja itu apabila menjaringkan gol pada minit ke-86 bagi memastikan kemenangan.

Morata menewaskan penjaga gol Sweden, Robin Olsen bagi menjaringkan gol tunggal perlawanan.- foto Reuters
Morata menewaskan penjaga gol Sweden, Robin Olsen bagi menjaringkan gol tunggal perlawanan.- foto Reuters

Kemenangan itu menyaksikna Sepanyol muncul juara kumpulan dengan 19 mata manakala Sweden selaku naib juara kumpulan bakal beraksi pada play-off Mac depan bagi menentukan kelayakan ke Piala Dunia 2022.

Sementara itu Enrique turut menengaskan dia akan menekankan aspek psikologi kepada pemain menjelang Piala Dunia kelak dalam usaha membentuk skuad yang mantap.

Katanya, dia mahu memastikan skuad kendaliannya itu tidak terlaku tertekan dan beraksi dengan penuh keyakinan kelak.

“Apabila anda perlu mencapai sesuatu kejayaan bagi melakar sejarah, sudah pasti ia membuatkan anda berada dalam tekanan.

“Oleh itu, kita akan berikan perhatian dari aspek psikologi dan seterusnya menanamkan keyakinan kepada pemain agar mereka mampu beraksi dengan lebih baik kelak,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!