Warga Filipina maut pacuan empat roda langgar tiang elektrik

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit selepas terbabit kemalangan di Jalan Tengku Muhammad di sini pada awal pagi Isnin.- Foto FB JBPM Pahang.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit selepas terbabit kemalangan di Jalan Tengku Muhammad di sini pada awal pagi Isnin.- Foto FB JBPM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga Filipina maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Tengku Muhammad di sini pada awal pagi Isnin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Jhomar Wes Balingit Mendiola, 30 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux milik sebuah syarikat kejuteraan dan pembinaan dalam perjalanan dari arah Teluk Chempedak menghala ke Semambu.

Menurutnya, ketika melalui selekoh di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik.

"Mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kamarulzaman berkata, kemalangan maut meragut nyawa pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!