Kemenangan di Brazil hidupkan kenangan lama: Hamilton
HUJUNG minggu yang paling mencabar bertukar menjadi salah satu detik terbaik untuk Lewis Hamilton selepas berjaya memenangi Grand Prix Brazil yang membawa kembali kenangan kemenangan epik diraihnya ketika remaja yang berjuang untuk masa depannya dalam perlumbaan F1.
Hamilton berkata, kemenangan tersebut mengingatkan bagaimana dirinya berjuang dalam saingan Formula Tiga di Bahrain pada 2004 di mana dia berada di tempat ke-22 dalam pusingan kelayakan, tangga ke-11 dalam pecut untuk menentukan grid dan kemudian memenangi perlumbaan tersebut.
“Selepas perlawanan tersebut, McLaren menunjukkan minat untuk menandatangani semula saya.
"Saya sedang berjuang untuk kerjaya saya pada masa itu. Tanpa mereka saya tidak akan dapat ke Formula Satu." katanya.
Hamilton ketika kini sedang berjuang untuk mendapatkan kejuaraan kelapan, dan kemenangannya di Interlagos menyaksikan pemain berusia 36 tahun itu di kedudukan kedua 14 mata di belakang pelumba Red Bull Max Verstappen dengan baki tiga perlumbaan dan semua perlu dimainkan.
Dalam pada itu Hamilton berkata, hujung minggu adalah waktu sukar bagi semua orang di pasukan tetapi dia telah berazam untuk meberintumpuan pada perlumbaan tersebut.
"Saya tidak tahu apa yang mungkin tetapi saya hanya memberikan segala-galanya.
"Ini mungkin salah satu hujung minggu terbaik, jika bukan hujung minggu terbaik, ini mungkin pengalaman terbaik yang pernah saya alami sepanjang karier,"katanya
Sementara itu Juara dunia Britain 1996 Damon Hill berkata, prestasi dan cara pemanduan Hamilton adalah satu pemanduan terbaik yang pernah dilihatnya dalam saingan F1.
"Saya benar-benar merasakan, dari pengalaman peribadi saya sendiri, ia adalah antara yang paling mencabar,"katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!