Perangi rasuah jangan hanya sebut dalam manifesto

Muhammad Jailani Khamis
Muhammad Jailani Khamis
A
A
A

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengingatkan pihak tertentu agar tidak memerangi rasuah hanya sekadar dalam manifesto semata-mata.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandatangai surat aku janji menentang rasuah pada 12 November lalu bagi membuktikan komitmen gabungan parti itu dalam perjuangan memerangi rasuah.

"Jangan hanya sebut dalam manifesto tapi Tuhan sahaja tahu macam mana.

"Kita (UMNO) bertanding dalam keadaan yang sangat daif dan tidak mempunyai kekuatan kewangan. Kualiti bendera saja kami dah kalah dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

"Parti hanya membayar deposit calon sebanyak RM15,000 untuk membantu. Jadi kami bersendirian. Kalau nak kata rasuah, boleh nilai sendiri datang dari mana," katanya ketika membentangkan laporan pencapaian beliau pada 2018-2021 di Alor Gajah, Melaka pada Isnin.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah itu berkata, kemewahan boleh menjadi kayu pengukur bagi perbuatan rasuah.

"Rasuah biasa ukurannya ialah kemewahan tetapi lihat saja senario hari ini dari segi perang poster, kemewahan berpihak kepada siapa? Jadi jangan sebut saja dalam manifesto untuk perangi rasuah. Tetapi gaya hidup tidak melambangkan mereka seorang yang zuhud dan tawaduk.

"Minta maaf cakap, kalau nak perangi rasuah, tingkah laku dan cara pembawaan itulah yang melambangkan apa yang dilafazkan.

Artikel Berkaitan:

"Tapi kita yakin dengan pertolongan ALLAH SWT, yakin dengan apa yang kami sudah lakukan selama tiga tahun empat bulan dan insya-ALLAH sekiranya diberi kemenangan, ia kemenangan yang diberkati," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!