Reza Hasbi selamat timang anak kedua
PELAKON, Reza Hasbi dan isterinya telah selamat menimang cahaya mata kedua pada awal Mac lalu, pukul 5.34 petang di Hospital Shah Alam.
Khabar baik itu dikongsikan sendiri oleh isteri pelakon tersebut menerusi Instagram Story.
"Assalamualaikum semua alhamdulillah genap tujuh hari usia baby dan tujuh hari jugalah ummi berpantang," tulisnya.
Pada masa sama isteri Reza turut berterima kasih kepada semua orang atas ucapan dan doa yang baik-baik kepadanya.
"Terima kasih semua untuk ucapan dan doa yang diberi," coretnya.
Sehubungan itu juga dia mengambil kesempatan memohon maaf kerana tidak dapat menjawab sebarang mesej yang dikirim kepadanya.
Terdahulu, isteri Reza Rosedarlila bersalin secara normal dan berat bayi adalah 2.79 kilogram.
Pasangan Reza dan rose menamakan anak kedua mereka, Muhammad Rafie Daiyan.
Manakala anak sulung mereka bernama Muhammad Rifqi Danial kini berusia dua tahun lapan bulan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!