'Syukur ok, dah boleh pulang'

Muhammad Syukur kelihatan ceria menerima kunjungan Dr Nor Azimi hari ini.
Muhammad Syukur kelihatan ceria menerima kunjungan Dr Nor Azimi hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – ‘Mowgli Malaysia’, Muhammad Syukur Khamis, 14, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi kerana terjatuh dari kerbau peliharaan bapanya tidak mengalami kecederaan serius.

Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus berkata, keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan terhadap Muhammad Syukur menunjukkan tiada pendarahan pada otak remaja berkenaan.

“Syukur dimasukkan ke wad pada jam 9 malam tadi selepas terjatuh dari kerbau jam 7 pagi semalam. Masa kena tidak ada kecederaan serius tapi keluarganya ambil keputusan hantar ke hospital selepas dia muntah empat kali.

“Bila pesakit ada tanda muntah-muntah, kita bimbang berlaku pendarahan namun alhamdulillah hasil CT Scan adalah normal, tiada pendarahan pada otak.

“Dia dirawat sebagaimana biasa dengan diberikan ubat tahan sakit dan keadaannya dipantau. Pagi ini keadaannya nampak stabil dan bertambah baik,” katanya ketika melawat Muhammad Syukur di wad HSNZ hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mowgli Malaysia masuk wad terjatuh dari kerbau

Sehubungan itu menurutnya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin itu dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, Muhammad Syukur yang turut dikenali sebagai ‘Kampung Boy’ berkemungkinan mengalami muntah-muntah kerana gegaran otak impak terjatuh dari kerbau namun tidak serius dan keadaannya stabil.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Syukur dikejarkan ke HSNZ pada pukul 9 malam tadi selepas terjatuh dari kerbau di kandang ternakan bapanya di Kampung Kubang Bujuk sewaktu menjalani sesi fotografi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!