SOP kempen pilihan raya ditetapkan KKM, MKN, bukan SPR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) kempen pilihan raya pada tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPR hanya mengemukakan input, antaranya berkaitan pemakaian simbol parti dan perkara-perkara berkaitan semasa hari pengundian.

“Sebenarnya saya berbincang berhubung dengan apa berlaku di Melaka (Pilihan Raya Negeri) dan apa bakal berlaku di Sarawak berkaitan SOP ini.

“SOP ini perkara dibuat KKM dan MKN, bukan SPR. SPR ialah untuk menggalakkan demokrasi itu sendiri bukan berhubung keselamatan manusia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!