Polis isytihar letupan teksi sebagai serangan pengganas

Anggota polis bersiap sedia sebelum melakukan serbuan di sebuah rumah dan menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam letupan di Hospital Wanita Liverpool. - Foto AP
Anggota polis bersiap sedia sebelum melakukan serbuan di sebuah rumah dan menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam letupan di Hospital Wanita Liverpool. - Foto AP
A
A
A

LIVERPOOL - Polis United Kingdom (UK) mengisytiharkan insiden letupan melibatkan sebuah teksi di luar hospital di Liverpool pada Isnin sebagai serangan penganas.

Berdasarkan siasatan, pihaknya percaya seorang lelaki yang memasuki kenderaan dilengkapi alat letupan.

Akibat kejadian, seorang terkorban manakala pemandunya dimasukkan ke hospital akibat cedera.

Insiden letupan itu berlaku beberapa minit sebelum rakyat Britain bertafakur bagi hari peringatan pejuang perang yang diadakan setiap tahun.

Pihak polis belum menyimpulkan sama ada kejadian itu berkait dengan hari berkenaan ataupun berlaku disebabkan ancaman penganas.

Polis turut masih mengikuti rapat perkembangan terkini berkenaan kejadian itu. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:Seorang maut, teksi meletup di Liverpool

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!