Permohonan undi pos dalam talian PRN Sarawak dibuka

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permohonan undi pos secara dalam talian bagi warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12 telah dibuka bermula 8 November sehingga 24 November depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan, berkata permohonan undi pos tersebut adalah untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) sahaja.

Menurutnya, permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) akan dimaklumkan kelak.

"Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.

"Pemohon dinasihatkan agar membuat dua permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan," katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-88927080 atau emel kepada upup@spr.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!