LGBT cabar Islam: Mufti Pahang

Abdul Rahman bersama para peserta yang menyertai Forum Pemuda Al-Fateh bersama Mufti Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, hari ini.
Abdul Rahman bersama para peserta yang menyertai Forum Pemuda Al-Fateh bersama Mufti Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Tindakan tegas daripada pihak berkuasa perlu diambil terhadap penganjur dan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara, semalam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, perhimpunan itu bertentangan dengan polisi kerajaan, malah bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan juga budaya timur yang menjadi acuan hidup dalam kalangan masyarakat dalam negara ini.

Menurutnya, pihaknya amat bertolak ansur dengan golongan LGBT dalam usaha mengajak kembali mengenali Islam namun mereka tidak menerima seruan berdakwah malah mencabar undang-undang yang ditetapkan.

“Usaha untuk bersama mereka kembali ke pangkal jalan itu kita sentiasa diteruskan, namun bila mereka kata hidup LGBT, ini tidak boleh diterima ada usaha mencabar kita dan pihak berkuasa kena ambil tindakan jika tidak inilah yang akan berlaku.

“Ini terjadi (himpunan LGBT) oleh kerana kita bertolak ansur, mereka ini bila bertolak ansur mereka sedar tetapi sedar untuk mereka menghalalkan LGBT. Ini tidak boleh diterima dan dari segi hukum syarak, haram itu. Sesiapa yang menyertai, kita harap mereka bertaubat,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Forum Pemuda Al-Fateh bersama Mufti Pahang yang turut dihadiri Pengasas Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, peserta yang hadir tidak menyokong LGBT tetapi memperjuang hak kesamarataan, ia tetap menjadi kesalahan yang perlu dicegah demi membanteras maksiat berlaku di negara ini.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menolak bahawa golongan LGBT itu mempunyai sokongan dan kekuatan dari belakang yang mendorong mereka untuk memberontak memperjuangkan hak mereka yang salah di sisi agama dan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

“Dulunya kita ada kempen kesedaran supaya mereka bertaubat namun kita kalah tetapi kita akan sentiasa berusaha dari segi dakwah.

“Kalau tak betul, tetap tidak betul dan tidak boleh dihalalkan atau diberikan ruang untuk mereka menghidupkan maksiat ini adalah perkara yang dilaknat ALLAH yang boleh menyebabkan malapetaka turun, itu kita bimbang.

No Image Caption
Play Icon

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!