Penuntut Unisel Bestari Jaya kembali ke kampus

Sebahagian penuntut Unisel Bestari Jaya yang pulang ke kampus menjalani saringan RTK-Ag semasa sesi pendaftaran pada Isnin.
Sebahagian penuntut Unisel Bestari Jaya yang pulang ke kampus menjalani saringan RTK-Ag semasa sesi pendaftaran pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebahagian besar penuntut Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya kembali ke kampus meneruskan pengajian masing-masing bermula pada Isnin.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, penuntut fakulti itu kumpulan pertama mendaftar diikuti fakulti lain pada hari berikutnya.

Menurut beliau, setiap penuntut yang mendaftar perlu menjalani saringan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dibekalkan oleh pembekal kesihatan MeDKAD Sdn Bhd.

"(Saringan Covid-19) ini (dijalankan) bagi memastikan Unisel bebas dari wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Unisel pada Selasa.

Hasril berkata, proses pendaftaran penuntut itu berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak universiti.

"Semua penuntut dan ibu bapa turut memberikan kerjasama amat baik sepanjang proses pendaftaran," ujarnya.

Kata beliau, Unisel amat mengalu-alukan kehadiran semua penuntut termasuk pendaftaran baharu yang akan memulakan pengajian mereka di kampus.

"Semoga ini dapat menyuntik semangat baharu kepada penuntut dan beriltizam untuk terus berjaya menggapai kecemerlangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!