Calon-calon PRN Melaka di Pusat Pengundian
BERNAMA 16 November 2021 11:14am
Masa membaca: 4 minit
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Bukit Katil Datuk Hasnoor Sidang Husin (tengah) melawat Pusat Pengundian Awal Kem Bukit Beruang sempena proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Beliau akan ditentang calon Pakatan Harapan Adly Zahari, Muhammad Al Afiz Yahya (Pakatan Nasional) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas) pada PRN 20 November ini. - Foto Bernama.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Bukit Katil Adly Zahari (dua, kiri) beramah mesra dengan pengundi ketika melawat Pusat Pengundian Awal Kem Bukit Beruang sempena proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Beliau akan ditentang calon Barisan Nasional Datuk Hasnoor Sidang Husin, Muhammad Al Afiz Yahya (Pakatan Nasional) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas) pada PRN 20 November ini. - Foto Bernama.
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Sungai Udang Hasmorni Tamby melawat ke pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II hari ini. - Foto Bernama.
Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Bukit Katil, Abdul Hamid Mustapah (kanan) melawat Pusat Pengundian Awal Kem Bukit Beruang pada hari mengundi awal Pilihan Raya Negeri Melaka sempena proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Beliau akan ditentang calon Barisan Nasional Datuk Hasnoor Sidang Husin, Adly Zahari (Pakatan Harapan) dan Muhammad Al Afiz Yahya (Pakatan Nasional) pada PRN 20 November ini. - Foto Bernama.
Kemeriahan pada hari undi awal dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang calon yang bertanding pada PRN Melaka 20 November ini di pusat pengundian. Mereka kelihatan beramah mesra dengan pengundi dan pegawai SPR sambil menjaga SOP yang telah ditetapkan.