Perak FC lantik CEO baharu

Gambar pengumuman Hairul Anwar sebagai CEO Perak Fc yang baharu. Foto FB Perak FC
Gambar pengumuman Hairul Anwar sebagai CEO Perak Fc yang baharu. Foto FB Perak FC
A
A
A

AHLI Majlis (Exco) Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hairul Anwar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC yang baharu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perak dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Selasa yang mengalu-alukan kehadiran Hairul untuk berkhidmat bersama skuad seladang itu.

“Kami di Perak FC mengalu-alukan kehadiran Hairul Anwar sebagai CEO Perak FC yang baharu.

“Hairul Anwar merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam hal-hal berkaitan bola sepak Perak berikutan penglibatannya bersama PAFA sebelum ini dan mempunyai pengalaman dalam tadbir urus korporat.

“Beliau telah mula dilantik sebagai CEO Perak FC pada Sabtu, lalu memulakan tugasnya pada Selasa,” katanya.

Untuk rekod, jawatan CEO Perak FC sebelum ini disandang oleh Rizal Ali Naizali namun dia memutuskan untuk melepaskan jawatan tersebut pada Jun lalu.

Disebabkan perkara itu, jawatan tersebut dikosongkan buat sementara waktu dan tanggungjawab CEO digalas oleh ahli-ahli lembaga pengarah Perak FC.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!