Penjawat awam tembak pelanggan pub ditahan

Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Isnin.
Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Isnin.
A
A
A

PUCHONG - Seorang penjawat awam ditahan kerana melepaskan tembakan ke arah pengunjung sebuah pub di Bandar Puchong Jaya, di sini malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun mempunyai kebenaran untuk membawa senjata api tersebut.

"Siasatan awal mendapati pada 15 November (Isnin) jam 8.45 malam, suspek melepaskan satu das tembakan dari sepucuk pistol dan mengenai seorang pelanggan yang merupakan lelaki tempatan berusia 56 tahun.

Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan.
Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anbalagan memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan lengan kiri dibawa ke Hospital Serdang kini berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!