Pencemaran bahan kimia: Kerja pembersihan 2 sekolah lancar

Suasana sunyi SMK Pasir Putih yang diarahkan tutup sejak Khamis lalu. (Gambar kecil: Warda, Abd Rashid)
Suasana sunyi SMK Pasir Putih yang diarahkan tutup sejak Khamis lalu. (Gambar kecil: Warda, Abd Rashid)
A
A
A

PASIR GUDANG - Proses pembersihan dua sekolah yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia di Taman Pasir Putih, di sini, dijalankan mengikut panduan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Warda Ismail berkata, kerja-kerja pembersihan dilakukan sejak jam 8 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan persatuan.

"Kerja pembersihan membabitkan 37 bilik darjah dan 10 bilik khas dan sebelum memulakannya kita mendapatkan bimbingan bomba untuk memastikan pembersihan dibuat dengan betul.

"Antara yang dilakukan adalah membasuh semua fabrik, langsir dan menyelenggara penghawa dingin. Kita juga membuka tingkap dan kipas untuk melancarkan laluan pengudaraan dalam kawasan sekolah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Abd Rashid Ahmad, kerja-kerja pembersihan selama empat jam itu melibatkan 120 sukarelawan termasuk 80 guru sekolah tersebut.

Salah seorang sukarelawan ketika mebersihkan fabrik di SMK Pasir Putih.
Salah seorang sukarelawan ketika mebersihkan fabrik di SMK Pasir Putih.

"Kita membersihkan permaidani, langsir, peralatan sekolah, kipas, penyaman udara dan semua benda yang dipegang murid sebelum ini termasuk tangga, kita sapukan dengan antiseptik.

"Pembersihan ini dilakukan bagi membuang sisa kimia dan kotoran daripadanya yang masih melekat contohnya di langsir dan permaidani," katanya hari ini.

Artikel Berkaitan:

Khamis lalu, SK Pasir Putih dan SMK Pasir Putih ditutup berikutan 35 mangsa terhidu bahan kimia dibuang secara haram di Sungai Kim Kim yang terletak kira-kira 500 meter dari kedua-dua sekolah itu.

Setakat ini seramai 79 menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru dan kedua-dua sekolah tersebut mendapat arahan untuk ditutup empat hari sejak Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang pelajar pengsan, lima muntah

Tiada pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!