PRN Melaka: BN pergiat kempen di saat akhir

Yong Fun Juan - Foto Bernama
Yong Fun Juan - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Barisan Nasional (BN) mempergiatkan lagi kempen di saat akhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Yong Fun Juan berkata, parti itu akan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan kini lebih 50 peratus penduduk sudah ditemui.

Bagaimanapun, strategi parti itu berkempen secara maya dan lebih penting ialah mahu membawa konteks, ideologi dan manifesto BN.

“Ini usaha yang sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Selasa.

Mengulas mengenai tahap keyakinan memenangi kerusi di DUN Ayer Keroh, Fun Juan mengharapkan hasil yang terbaik.

“Kita akan cuba hadapi PRN dengan lebih terbuka dan setiap rungutan masyarakat akan pergi dan selesaikan seperti yang sudah dilakukan sebelum ini," katanya.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada agensi yang terlibat dalam menjaga dan mengawal prosedur operasi standard (SOP) di sini.

“Walaupun kita menghadapi PRN, perkara utama ialah kesejahteraan dan keselamatan pengundi yang ada,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!