Kedai perabot musnah terbakar

Api marak menyebabkan kira-kira 70 peratus bangunan kedai perabot itu terbakar.
Api marak menyebabkan kira-kira 70 peratus bangunan kedai perabot itu terbakar.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kedai perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Pekan Rawang pada lewat malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.57 malam.

Menurutnya, seramai 30 anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Batu Arang dan BBP Sungai Buloh serta BBP Selayang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati api sedang marak menyebabkan kira-kira 70 peratus bangunan kedai perabot itu terbakar.

"Kebakaran berjaya dikawal dan operasi memadam sisa kebakaran masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Selasa.

Tambahnya, tiada mangsa yang dilapor cedera manakala punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!