MBPJ lancar aplikasi Smart PJ Enforcement

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain membuat gimik pelancaran aplikasi Smart PJ Enforcement
Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain membuat gimik pelancaran aplikasi Smart PJ Enforcement
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan aplikasi Smart PJ Enforcement selari dengan perkembangan arus kemodenan teknologi pada masa kini.

Melalui pelancaran aplikasi ini, ia sekali gus memberikan akses pintar kepada pihak berkepentingan atau pelanggan MBPJ untuk menyemak serta membuat pembayaran secara elektronik (ePay@MBPJ) bagi kesalahan-kesalahan perundangan.

Difahamkan, antara bentuk urusniaga yang disediakan melalui aplikasi ini adalah melibatkan semakan status kesalahan Orang Kena Kompaun (OKK) antaranya lesen perniagaan, tiada permit kelulusan aktiviti, halangan awam, iklan tanpa lesen, kesalahan lalulintas dan sebagainya.

Kemudahan bayaran atas talian ini juga adalah dengan menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja malah pengguna turut akan menerima tawaran khas kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan dalam tempoh 24 jam (RM10 sahaja).

Melalui aplikasi ini juga, OKK tidak perlu hadir ke pejabat MBPJ atau menggunakan ejen provokator bagi mendapatkan pengurangan kompaun malah kaedah ini memberi lebih penjimatan masa serta mesra pelanggan.

Selain ini, pelancaran aplikasi ini juga dapat meningkatkan integriti perkhidmatan awam di peringkat kerajaan ketiga.

Aanggota penguatkuasa menunjukkan aplikasi Smart PJ Enforcement
Aanggota penguatkuasa menunjukkan aplikasi Smart PJ Enforcement

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan statistik, penggunaan bayaran secara atas talian melalui epay@MBPJ telah meningkat sebanyak 46.7 peratus pada tahun lalu berbanding 2017 dan MBPJ menjangkakan penggunaan aplikasi ini akan mendapat sambutan berdasarkan tawaran tambahan diskaun yang diberikan.

Untuk rekod, MBPJ merupakan pihak berkuasa tempatan pertama di Selangor yang memberikan perkhidmatan secara langsung bagi mendukung matlamat sebagai sebuah bandar raya pintar atau lebih dikenali sebagai PJ Smart City.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!