Tiada diskriminasi dalam pensijilan halal: Ahmad Marzuk

Semua rakyat termasuk entiti perniagaan bertaraf apa sekalipun, mereka berhak mendapat pensijilan halal. - Foto Awani
Semua rakyat termasuk entiti perniagaan bertaraf apa sekalipun, mereka berhak mendapat pensijilan halal. - Foto Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemberian sijil halal kepada syarikat termasuk milik bukan bumiputera tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan dan bukan dipengaruhi faktor diskriminasi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, mana-mana syarikat yang mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) layak untuk menerima sijil halal masing-masing.

Katanya, sebahagian besar daripada syarikat yang mendapat pensijilan halal itu dalam kalangan bukan bumiputera.

“Tidak berbangkit soal diskriminasi walaupun syarikat itu berdepan dengan desakan dan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam. Apa yang penting kita ikut perkara yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kerajaan sentiasa mengikut prosedur dan rakyat di negara kita termasuk entiti perniagaan bertaraf apa sekali pun berhak mendapat pensijilan halal (jika penuhi prosedur ditetapkan),” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang mahu tahu adakah kerajaan sedia mempertahankan syarikat bukan Islam yang mempunyai sijil halal sering menjadi mangsa provokasi NGO Islam.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!