Gelombang baharu Covid-19 dijangka Disember ini

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Pegawai perubatan memberi amaran gelombang baharu Covid-19 dijangka membadai negara pada Disember depan.

Menerusi ciapan di Twitter, Dr Azfar Kamal yang bertugas di Hospital Sungai Buloh memaklumkan, lonjakan kes akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang.

Menurutnya, pusat Covid-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu.

"Wad dan unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit Covid-19 kategori empat dan lima.

"Tolong amalkan prosedur operasi standard (SOP), basuh tangan dan jaga jarak selain memakai pelitup muka sepanjang masa. Bagi mereka yang bakal ke luar negara, dapatkan dos penggalak segera. Jaga diri," katanya pada Selasa.

Kes baharu positif Covid-19 menunjukkan peningkatan sejak minggu lalu susulan orang ramai melakukan pergerakan rentas negeri sempena cuti Deepavali selain hampir semua sektor dibenar kembali beroperasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!