Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan sebuah pesawat pejuang Hawk di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang pada Selasa.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota yang terlibat dalam insiden itu.
"Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera.
"Kementerian Pertahanan telah diarah untuk menyalurkan apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat," katanya melalui laman Twitternya pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas
Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017
Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti
Hishamuddin berkata, beliau mengetahui kejadian itu setelah menerima panggilan daripada Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
"Ackbal telah memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.
"Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!