Penduduk rayu baik pulih jambatan runtuh

Penduduk merayu pihak berkenaan membaik pulih segera jambatan Kampung Nyor Kembar, di Tanjung Jering, Beris Kubur Besar, Bachok yang runtuh sejak Mei lalu.
Penduduk merayu pihak berkenaan membaik pulih segera jambatan Kampung Nyor Kembar, di Tanjung Jering, Beris Kubur Besar, Bachok yang runtuh sejak Mei lalu.
A
A
A

BACHOK - Lebih 1,000 penduduk dari enam buah kampung di sini merayu pihak berwajib membaik pulih segera jambatan Kampung Nyor Kembar, di Tanjung Jering, Beris Kubur Besar di sini yang runtuh sejak Mei lalu.

Enam buah kampung terlibat ialah Pengkalan Ston; Tanjong Jenera, Tanjong Jering, Nyor Kembar, Sri Sentosa dan Gong Mundu.

Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati penduduk setempat mengambil inisiatif dengan membina jambatan kayu dicelah-celah runtuhan itu bagi membolehkan mereka menggunakan kemudahan tersebut walaupun berdepan risiko.

Seorang penduduk, Mohd Noor Harun, 59, berkata, runtuhan itu disebabkan tindakan sebuah lori dengan muatan melebihi kapasiti telah melalui jambatan tersebut.

"Akibatnya, jambatan yang dibina menggunakan besi itu runtuh walaupun tanda amaran melarang kenderaan berat melaluinya telah dipasang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, susulan runtuhan itu penduduk terpaksa menggunakan laluan lain sejauh tujuh kilometer (km) untuk ke jalan utama.

Penduduk setempat mengambil inisiatif dengan membina jambatan kayu dicelah-celah runtuhan itu bagi membolehkan mereka menggunakan kemudahan tersebut walaupun berdepan risiko.
Penduduk setempat mengambil inisiatif dengan membina jambatan kayu dicelah-celah runtuhan itu bagi membolehkan mereka menggunakan kemudahan tersebut walaupun berdepan risiko.

Dia berkata, situasi itu memberikan kesan kepada penduduk setempat yang menjadikan jambatan tersebut sebagai laluan utama dalam urusan harian mereka.

Artikel Berkaitan:

"Laluan ini turut digunakan oleh pelajar sekolah dan jemaah untuk ke masjid kerana jaraknya hanya 1 km sahaja," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Fauzi Abdullah, 50, mengakui sudah beberapa kali kemalangan berlaku melibatkan pengguna jambatan tersebut.

"Saya amat berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ia bertambah parah," katanya.

Sementara itu, Ramli Muhammad, 70, berharap jambatan besi itu dapat diganti dengan struktur yang lebih kukuh menerusi pembinaan konkrit.

Katanya, jambatan konkrit dilihat sebagai alternatif paling sesuai untuk mengatasi masalah ini kerana ia merupakan laluan utama penduduk.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!