TUDM akan jalankan siasatan teknikal
SEBERANG JAYA - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan teknikal terperinci berhubung kejadian pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Butterworth pada malam Selasa.
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika ditemui pemberita bagaimanapun memberitahu tidak dapat mengulas perkara itu lebih lanjut.
"Kita akan jalankan siasatan teknikal secara terperinci.
"Yang lain, saya tidak dapat komen (ulas)," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada awal pagi Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas
Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017
Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin
Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti
Dalam kejadian malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat TUDM yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Butterworth.
Sementara, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan yang mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.
Nahas itu berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).
Sehubungan itu, pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!