PATI lari gendong bayi diserbu Imigresen

SEramai 95 PATI ditahan dalam serbuan di rumah kedai, Jalan Sultan Sulaiman 1, Kuala Lumpur awal pagi Rabu.
SEramai 95 PATI ditahan dalam serbuan di rumah kedai, Jalan Sultan Sulaiman 1, Kuala Lumpur awal pagi Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua wanita Indonesia cuba meloloskan diri di mana salah seorang dari mereka berlari sambil menggendong seorang bayi dalam serbuan di rumah kedai, Jalan Sultan Sulaiman 1 di sini, awal pagi Rabu.

Bagaimanapun, tindakan pantas salah seorang anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berjaya menahan salah seorang daripada wanita tersebut, manakala rakannya yang menggendong bayi dipercayai

berusia hanya beberapa bulan itu berjaya melarikan diri.

Tinjuan Sinar Harian mendapati, antara kesalahan yang paling banyak dikesan adalah menggunakan dokumen perjalanan tamat tempoh malah ada daripada mereka yang tinggal secara haram selama lima tahun.

Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, seramai 150 individu diperiksa dalam operasi yang bermula sekitar jam 12.10 tengah malam sehingga 2 pagi tersebut.

"Hasil pemeriksaan, seramai 95 orang PATI telah ditahan atas kesalahan memiliki dokumen tidak sah, tiada permit kerja dan tiada dokumen perjalanan langsung.

"Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 52 lelaki dan 43 perempuan, majoritinya warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Pakistan berusia antara 19 tahun hingga 65 tahun," katanya ketika ditemui di lokasi operasi pada Rabu.

Syamsul Badrin berkata, terdapat PATI yang cuba menyorok di atas siling, dan kebanyakan daripada mereka enggan membuka pintu bilik untuk mengelak ditahan pasukan serbuan.

Artikel Berkaitan:

Keadaan itu katanya, memaksa pasukan serbuan memecahkan pintu menggunakan pemotong untuk mengumpil mangga pada jeriji besi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah memantau kawasan terbabit dan mendapati kebanyakan daripada warga asing di sana bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan.

Tambahnya, keadaan premis yang sempit dan diubah suai menggunakan kayu untuk dijadikan bilik kecil membuatkan setiap penghuni terdedah kepada bahaya sekiranya berlaku kebakaran.

"Sebuah rumah terdapat lebih lima buah bilik yang disewakan kepada PATI dan kabel elektrik serta sambungan paip turut tidak dipasang secara teratur.

Menurutnya, pihaknya akan mengenal pasti pemilik premis terbabit dan akan menjalankan siasatan andainya terdapat unsur melindungi PATI.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!