Argentina diikat Brazil
GERGASI bola sepak Amerika Selatan, Argentina masih perlu menunggu bagi mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022 apabila terikat tanpa jaringan dengan Brazil pada Rabu.
Biarpun beraksi di depan penyokong sendiri, tetapi skuad Albiceleste itu dilihat buntu untuk menembusi benteng Selecao bagi mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia lebih awal.
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengekalkan rekod tanpa kalah masing-masing bagi aksi kelayakan peringkat CONMEBOL kali ini.
Ketika ini, Brazil menjadi satu-satunya pasukan dari Amerika Selatan yang telah mengesahkan slot beraksi di Piala Dunia dengan meraih 35 mata daripada 13 perlawanan, manakala Argentina mengekori rapat pada kedudukan kedua dengan 29 mata juga daripada 13 perlawanan.
Untuk rekod, empat pasukan teratas bagi saingan di peringkat CONMEBOL akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 manakala pasukan di tempat kelima bakal beraksi di pusingan play-off.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!