Japen Melaka perhebat hebahan keluar mengundi

Van Japen Melaka terus membuat hebahan bagi menggalakan pengundi keluar mengundi.
Van Japen Melaka terus membuat hebahan bagi menggalakan pengundi keluar mengundi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jabatan Penerangan (Japen) Melaka memperhebatkan hebahan bergerak bagi menggalakan dan mengajak pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini melalui pogram Info On Wheels (IOW).

Program yang menjelajah ke 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu termasuk di kawasan luar bandar, estet dan tidak ketinggalan perkampungan orang asli.

Pengarahnya, Shahrom Ravin Daram Abdulah berkata, hebahan berkenaan dibuat dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan longhat Melaka dengan menggunakan sembilan van bergerak termasuk bantuan daripada Jabatan Penerangan Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, bermula selepas Hari Penamaan Calon pada 8 November lalu jabatan berkenaan telah melaksanakan sebanyak 25 program membabitkan 102 lokasi.

"Hebahan ini dibuat dengan lebih kerap tiga hari sebelum hari pengundian.

"Bagi melancarkan usaha itu, Jabatan Penerangan telah menambah lima unit hebahan bergerak menjadikan jumlah keseluruhan sembilan van bagi membantu pasukan Jabatan Penerangan Negeri Melaka," katanya ketika ditemui selepas membuat hebahan di Pekan Durian Tunggal, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau, memberitahu kenderaan Jabatan Penerangan akan membuat hebahan bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang setiap hari bermula pada Rabu sehingga Jumaat, manakala pada sabtu sehingga jam 4 petang.

Ujar beliau, hebahan itu juga bertujuan mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan awal butiran daftar pemilih di laman web SPR bagi memudahkan proses mengundi nanti.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kempen keluar mengundi juga dilaksanakan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan maklumat peratusan keluar mengundi akan sentiasa dikemaskini pada hari pengundian dan dikongsikan kepada Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang diselaraskan Jabatan Penerangan.

"Usaha seumpamanya dilakukan supaya maklumat tersebut dapat dihebahkan kepada semua pengamal media dan dikongsikan pada kadar segera," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!