Remaja cedera langgar kedai tomyam

Keadaan kedai tomyam setelah dilanggar sebuah motosikal yang hilang kawalan di Keadaan kedai tomyam di Kampung Lereh, Tanjung Kling di sini, awal pagi tadi.
Keadaan kedai tomyam setelah dilanggar sebuah motosikal yang hilang kawalan di Keadaan kedai tomyam di Kampung Lereh, Tanjung Kling di sini, awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA - Sebuah kedai tomyam di Kampung Lereh, Tanjung Kling di sini rosak setelah dilanggar sebuah motosikal yang terbabas dalam kejadian awal pagi tadi.

Bagaimanapun, remaja yang menunggang motosikal tersebut bernasib baik setelah cuma mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan, Azwan Abd Rahim, 17, yang hanya mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kaki kiri telah dibawa ke Hospital Melaka dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Motosikal yang ditunggang remaja tersebut.
Motosikal yang ditunggang remaja tersebut.

"Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke kedai tomyam yang terletak bersebelahan sebuah surau di Kampung Lereh, Tanjung Kling.

"Bagaimana mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Pulsar RS200 kemudianya telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, remaja terbabit kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!