Hadiah RM50,000 menanti di Pulau Pangkor

Pantai Pasir Bogak sepanjang 1.2 kilometer bakal menjadi lokasi tumpuan.
Pantai Pasir Bogak sepanjang 1.2 kilometer bakal menjadi lokasi tumpuan.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak akan menganjurkan TravelPerakLah Surfcasting Challenge@Pulau Pangkor di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor bagi menyemarakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19.

Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM50,000 dengan RM20,000 untuk juara, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000. Pemenang keempat hingga ke-70, juga akan menerima hadiah wang tunai serta hadiah iringan.

Acara ini mendapat sokongan penuh, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi dan akan dikendalikan oleh Kelab Memancing Profesional Bersatu Malaysia (MUPSAC).

Ia turut disokong Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor.

Yuran pendaftaran RM85 dikenakan untuk satu joran dan penganjur menyediakan 400 kemeja-T untuk pendaftaran awal.

Nolee Ashilin
Nolee Ashilin

Penganjur turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada peserta termasuk mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera, penjarakan fizikal dua meter dan saringan suhu badan.

Artikel Berkaitan:

Pantai Pasir Bogak dengan keluasan 1.2 kilometer mempunyai kemudahan awam yang lengkap seperti tandas, surau dan hotel berdekatan serta dikenal pasti mempunyai pelbagai spesis ikan seperti todak, daun baru, jenahak dan kerapu.

Selain memancing, kerajaan negeri turut merancang beberapa acara yang mampu memberi impak kepada pemulihan sektor pelancongan sepanjang bulan November hingga Disember tahun ini seperti program promosi MATTA Fair pada 20-21 November 2021, Pekan Kartun pada 4-5 Disember 2021, Perak Sea Challenge 2021 pada 30 hingga 31 Disember 2021.

Pertanyaan dan pendaftaran bagi menyertai acara ini, boleh berhubung dengan penganjur di talian 019-6203040 dan 012-2141401.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!