PRN Melaka: Enam calon 'BERANI SEMUKA' pada malam kemuncak

Enam calon mewakili parti masing-masing bakal sepentas menerusi Program BERANI SEMUKA 'Kenapa Perlu Pilih Kami' yang akan ditayangkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam pada Jumaat.
Enam calon mewakili parti masing-masing bakal sepentas menerusi Program BERANI SEMUKA 'Kenapa Perlu Pilih Kami' yang akan ditayangkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Enam calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal berkongsi pentas untuk berdebat menerusi Program BERANI SEMUKA anjuran Sinar Harian yang akan berlangsung malam kemuncak pada Jumaat.

Kesemua calon, masing-masing mewakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PN), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.

Mereka terdiri daripada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi (BN); calon DUN Klebang, Bakri Jamaluddin (PN); calon DUN Taboh Naning, Zairi Suboh (PH); calon DUN Pengkalan Batu, Dr Aluwi Sari (Putra); calon DUN Serkam, Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Bebas); dan calon DUNMachap Jaya, Abdul Aziz Osani Kasim (Iman).

Ketua Pengarang Grup Sinar Harian, Rozaid Rahman berkata, inisiatif Sinar Harian menyediakan pentas BERANI SEMUKA sebagai proses meraikan demokrasi.

Menurutnya, BERANI SEMUKA 'Kenapa Perlu Pilih Kami' akan ditayangkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam pada Jumaat.

"Dalam proses meraikan demokrasi, kita sentiasa mengharapkan satu gerakan politik yang mampu mengangkat kematangan kita ke tahap yang seterusnya sama ada dalam berhujah, dalam berbicara mahupun mengemukakan gagasan mahupun idea baru.

"Itulah yang diinginkan oleh Sinar Harian apabila ia memperkenalkan program BERANI SEMUKA yang dilancarkan pada tahun lalu.

"Kini di PRN Melaka, BERANI SEMUKA menemukan enam calon yang berani bersemuka untuk membicarakan tentang aspirasi masing-masing dan bersedia menjawab sebarang pertanyaan mengenai pendirian mereka, parti mereka dan wawasan yang ingin mereka bawa kepada para pengundi dan rakyat negeri Melaka.

Artikel Berkaitan:

"Inilah yang dinamakan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya. Moga ia membawa manfaat kepada semua,"katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari pembuangan undi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini.


Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!