Filem pendek The PiCATsso guna vivo siri X70

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bagi memberi kesedaran tentang penjagaan haiwan peliharaan, vivo Malaysia bekerjasama dengan Petsmore untuk menghasilkan sebuah filem pendek, The PiCATsso.

Penggambaran penuh menggunakan vivo siri X70 dibintangi dan diarahkan oleh Sumo The Cat dalam sebagai lakonan dan arahan sulungnya.

Filem pendek PiCATsso yang ditayangkan pada 12 November lalu, mempamerkan perspektif baharu dunia melalui kaca mata pembuat filem berkaki empat dan berbulu, Sumo The Cat.

vivo Malaysia dan Petsmore percaya bahawa filem ini mampu membuktikan terdapat banyak perkara dalam kehidupan seharian daripada yang dapat dilihat, walaupun kehidupan seekor kucing.

Jurucakap vivo berkata, ini adalah kali ketiga vivo mempamerkan keupayaan pembikinan filem profesional siri X.

“Sebelum ini, vivo Malaysia bekerjasama dengan pengarah pemenang anugerah Ho Yuhang untuk filem pendek Hari Kebangsaan 2020 yang bertajuk KITA yang dirakam sepenuhnya dengan siri X50.

“Pada tahun ini, vivo mengeluarkan filem The Incident, diarahkan oleh pembuat filem terkenal Chong Keat Aun dimana penggambaran sepenuhnya menggunakan siri X60,”katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Antara kelebihan vivo siri X70 adalah Video Ultra Stable VIS 5 dimana kamera bersama-sama teknologi Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan Penstabilan Imej Optik (OIS) berfungsi bersama untuk menangkap aksi mengejar tahap profesional yang stabil.

“Sama seperti mata Sumo The Cat sendiri, kamera siri X70 menampilkan Visi Malam Extreme Masa Nyata, Video Malam Super, Pemandangan Malam Tulen dan Mod Sinematik Pro yang memberikan hasil tangkapan berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan pencahayaan yang paling rendah.

“Terima kasih juga kepada ZEISS T* berjaya membuatkan kanta salutan, gangguan dan artifak imej lain berkurangan dengan ketara. Untuk Gaya Potret Biotar yang ikonik, siri vivo X70 juga mempunyai tiga ciri Potret Gaya ZEISS yang diinspirasikan oleh Distagon, Planar dan Sonnar klasik,”katanya.

Menurutnya, adegan pasca PiCATsso akan menampilkan Sumo The Cat menyerahkan vivo X70 Pro kepada seseorang yang akan muncul dalam filem pendek vivo yang lain.

Tonton tayangan perdana PiCATsso di halaman Facebook rasmi vivo Malaysia di sini.

Vivo X70 dijual pada harga RM2,499 manakala X70 Pro boleh didapati pada harga RM3,299. Kedua-duanya boleh dibeli melalui E-store vivo Malaysia, serta kedai rasmi di Lazada dan Shopee.