‘Bersama Nazir Razak’ bakal bincang hala tuju negara
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Nazir Razak akan muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara ‘Bersama Nazir Razak’ pada Rabu depan.
Program terbitan Sinar Harian ini berlangsung selama sejam bermula jam 3 petang menerusi portal Sinar Harian serta Facebook, Twitter dan YouTube.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar akan bertindak selaku moderator bagi sesi bual bicara berkenaan.
Program itu dijangka akan membincangkan beberapa topik penting berkaitan hala tuju ekonomi, politik negara serta keadaan industri perbankan di peringkat nasional dan global.
Pengasas Bersama dan Pengerusi Ikhlas Capital itu sebelum ini pernah muncul sebagai tetamu untuk program Wawancara Eksklusif pada 12 September lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!