Taska diarah tutup sementara

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

IPOH - Pusat asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Seri Botani yang terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu akan ditutup sementara bagi memberi laluan siasatan dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah JKM Perak, Ruhaini Zawawi berkata, arahan itu dikeluarkan selaras dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan mendapati, perakuan pendaftaran taska terbabit telah tamat tempoh, Januari lalu.

"Kita telah meminta taska itu tidak beroperasi sehingga perakuan pendaftaran diperolehi, ini bergantung kepada semakan lanjut yang akan kita lakukan nanti sekiranya terdapat kemungkinan-kemungkinan lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, taska berkenaan telah beroperasi lebih lima tahun dan setakat ini, terdapat sembilan kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga empat tahun berdaftar di bawah jagaan pusat itu.

"Siasatan lanjut akan kita jalankan untuk menentukan tindakan seterusnya," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Muhamad Akif Iskandar Meor Ikram disahkan meninggal dunia ketika dibawa mendapatkan rawatan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dia sebelum itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika diambil oleh kedua ibu bapanya daripada taska terbabit.

Artikel Berkaitan:

Polis memaklumkan punca kematian adalah disebabkan masalah paru-paru berair.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!