Hoong Fong janji jadikan Klang kawasan Selamat

Shamsul Amar (kiri) bersama Hoong Fong (kanan) menyerahkan tongkat sebagai simbolik serah terima tugas sambil disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam majlis yang diadakan di IPD Klang Selatan pada Khamis.
Shamsul Amar (kiri) bersama Hoong Fong (kanan) menyerahkan tongkat sebagai simbolik serah terima tugas sambil disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam majlis yang diadakan di IPD Klang Selatan pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Ketua Polis Daerah Klang Selatan yang baharu, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berjanji akan memastikan Klang sentiasa menjadi kawasan selamat.

Hoong Fong ketika berucap pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan dan Pengerusi Perkep IPD Klang Selatan di IPD Klang Selatan pada Khamis turut berikrar menjaga kesejahteraan masyarakat di daerah itu.

"Menjadi keutamaan saya supaya kegiatan jenayah di daerah ini dapat dibendung dan diperangi.

Saya juga optimis memastikan IPD Klang Selatan terus cemerlang mendukung aspirasi pasukan seiring dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'," katanya.

Menurutnya sokongan dan kerjasama daripada seluruh warga IPD Klang Selatan penting bagi memantapkan perkhidmatan kepada masyarakat.

"Saya juga berharap semua bahagian dalam IPD ini dapat memainkan peranan dan mengutamakan perkara asas serta pematuhan prosedur operasi standard," katanya.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung antara bekas Ketua Polis Daerah Klang Selatan Pemangku Senior Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dengan Hoong Fong disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

ARTIKEL BERKAITAN:'Dakwaan Klang bandar berbahaya di Asia adalah keterlaluan'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!