Penulis tidak mengaku tipu jiran babit geran SMIDEX, SME

Mahkamah menetapkan 20 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Mahkamah menetapkan 20 Disember depan untuk sebutan semula kes.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang penulis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menipu jiran berhubung pemberian perniagaan membabitkan nilai RM2,500.

Daljit Singh Bachittar Singh, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, Daljit Singh didakwa menipu Albert Chan Kok Kuan dengan memperdayanya untuk menyerahkan wang RM2,500.

Ia telah dipindahkan ke akaun CIMB milik tertuduh dalam urusan mendapatkan geran pameran tahunan perusahaan kecil dan sederhana (SMIDEX) serta perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang mana tertuduh tahu bahawa pemberian tersebut tidak wujud.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul, di sini pada 27 Januari 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat selain boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa P Nom Phot mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, peguam Erickka Faris Amir yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diikat jamin pada kadar minimum kerana dia yang bekerja sebagai penulis, perlu menyara isteri serta seorang anak berusia 12 tahun.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Aina Azahra membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,800.

Mahkamah menetapkan 20 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!