Ajak polis bertumbuk, lempar kata-kata kesat

Kawasan suspek dan pasangannya dicekup.
Kawasan suspek dan pasangannya dicekup.
A
A
A

KULIM - [DIKEMASKINI] Seorang anggota badan beruniform bukan sahaja mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis, malah mencabar untuk bertumbuk dalam kejadian Jalan Kulim-Mahang, semalam.

Suspek berusia 20 tahun berkenaan ditahan polis kerana cuba menghalang polis melakukan pemeriksaan terhadapnya kira-kira jam 10.45 malam itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek bersama wanita berusia 20 tahun dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

"Dua anggota polis bertugas melakukan pemerhatian selama lima minit sebelum menghampiri kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.

"Namun suspek bertindak memecut laju dipercayai bertujuan melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda," katanya.

Menurutnya, polis kemudian mengejar sambil memasang lampu amaran dan siren dibunyikan, namun kenderaan tersebut tetap tidak berhenti sebaliknya cuba menghimpit kereta peronda.

"Polis berjaya memintas dan menahan kenderaan tersebut di Jalan Kulim menghala Mahang selepas mengejar sejauh lebih kurang 5 kilometer.

"Selepas kereta itu berhenti, pemeriksaan badan dilakukan sebelum berlaku pergelutan antara suspek dengan dua anggota bertugas menyebabkan mereka alami kecederaan kecil di tangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Nasir berkata, suspek tidak mempunyai lesen itu turut mengeluarkan kata kesat dan mencabar bertumbuk dengan seorang anggota Unit Ronda Bermotosikal yang datang memberikan bantuan.

"Lelaki itu dan penumpang kereta tersebut ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!