Bajet 2022 lulus di peringkat dasar

Azhar Azizan Harun - Foto fail Bernama
Azhar Azizan Harun - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 peringkat dasar.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas diputuskan dengan undian suara majoriti.

“Lebih suara bersetuju, maka RUU ini dibacakan kali yang kedua sekarang,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Sebelum itu, ahli Parlimen daripada Warisan dan Bebas memohon untuk membuat undian secara belah bahagi, namun berikutan jumlah yang membantah tidak mencukupi 15 orang, maka Azhar Azizan meminta bacaan diteruskan.

“Maaf, tidak cukup 15 orang (yang mohon undi belah bahagi), maka diteruskan dengan bacaan seterusnya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kemukakan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) ini diedarkan kepada jawatankuasa sebuah majlis.

“Ahli-ahli bersetuju, kata bersetuju. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, nyatakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, dengan itu ahli Yang Berhormat dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin,” katanya.

Sebelum pengundian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan Menterinya, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

RUU Perbekalan 2022 dibacakan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 27 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!