PRN Melaka bukan hanya pertarungan BN, PH: Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan parti itu tidak mampu memberi tentangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, PN akan membuktikan kemampuan mereka dan menolak tanggapan PRN kali ini hanya melibatkan pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sahaja.
"Tak mengapalah. Letaklah kita (PN) sebagai 'underdog' yang mungkin orang tidak tahu dan tidak kenal.
Saya tidak boleh hendak mengangkat bakul sendiri.
"Ambil contoh di Sabah, waktu kita bertanding atas nama PN, PN baru tiga minggu ditubuhkan.
Sekarang kita sudah membentuk kerajaan lebih setahun dan terbukti ada kemampuan.
"Kadang-kadang mereka hendak lupakan rekod bahawa mereka kalah di sana (Sabah)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PN pada Khamis.
Beliau berkata, cara paling tepat untuk menilai kemampuan adalah pada hari pengundian dan PN menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi untuk membuat pilihan.
"Ada yang kata macam Melaka ini hanya dua parti yang bertanding (BN dan PH). Macam kita ini tidak berguna, tetapi maaflah kita tidak mahu mengata mereka pun tidak guna. Kita serah kepada kebijaksanaan pengundi," katanya.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
ARTIKEL BERKAITAN:Kerjasama dengan parti lain, Muhyiddin pertimbang kemudian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!