Kelantan gubal Dasar Warga Emas Mukramun

Mumtaz
Mumtaz
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menggubal Dasar Warga Emas Mukramun (DWM) Kelantan dengan memberi tumpuan secara inklusif dan eksklusif kepada pendidikan, pembangunan, perlindungan, kesihatan, penglibatan serta kebajikan warga emas daripada pelbagai latar belakang.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, dasar itu digubal bagi memberi fokus kepada aspek kesejahteraan dan pembangunan warga emas.

"Pada 2020 warga emas di Kelantan mencecah 198,000 orang dan menjelang 2030 nanti, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas diunjurkan mencapai 15 peratus (271,000 orang) daripada jumlah penduduk.

"Oleh itu, kerajaan negeri telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan menyediakan polisi, insentif, perkhidmatan, pendidikan dan infrastruktur yang mesra warga emas dalam memberi perhatian terhadap golongan ini," katanya.

Beliau berkta demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan 2021 di Dewan Terbuka Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mumtaz berkata, misi DWM itu adalah memupuk kesedaran dan kesediaan dalam kalangan warga emas dengan menyediakan bimbingan, sokongan dan bantuan untuk melindungi hak serta tanggungjawab secara saksama. -Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!