FRIM terima Hadiah Sultan Qaboos UNESCO

Foto internet
Foto internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah dipilih untuk menerima Hadiah Sultan Qaboos UNESCO 2021 bagi Pemuliharaan Alam Sekitar bersama Universidad para la Cooperacion internacional (UCI), Costa Rica.

Menurut FRIM dalam satu kenyataan, Ketua Pengarahnya, Dr Ismail Parlan menerima hadiah itu pada majlis yang diadakan semasa Persidangan Agung UNESCO di Paris, Perancis pada Rabu.

"FRIM dipilih sebagai mengiktiraf inisiatifnya untuk memantau dan memelihara spesies terancam kepentingan negara, menghasilkan penerbitan seperti Senarai Merah Tumbuhan Malaysia bagi tujuan pemuliharaan serta mendokumentasikan pengetahuan tradisional masyarakat orang asli dan masyarakat tempatan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Ditubuhkan 32 tahun lepas melalui sumbangan Sultan Qaboos Bin Said Al-Said dari Oman, hadiah itu diberikan setiap dua tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!