Telur Perak turut naik harga

Satu papan 30 biji telur gred A dijual pada RM13.20 ketika tinjauan dilakukan di sebuah pasar raya di Ipoh pada Khamis.
Satu papan 30 biji telur gred A dijual pada RM13.20 ketika tinjauan dilakukan di sebuah pasar raya di Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Harga telur di negeri ini turut mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM2 bagi satu papan 30 biji sejak bulan lalu.

Kenaikan harga itu berlaku bagi semua jenis gred sama ada yang dijual di pasar pagi, kedai runcit mahupun pasar raya.

Tinjauan mendapati, harga bagi satu papan 30 biji telur gred A dijual pada harga RM12.90 hingga RM14.40, gred B dijual antara RM12.30 hingga RM12.90 manakala RM11.15 hingga RM12.60 bagi telur gred C.

Pemborong barangan runcit, Ahmad Suhaimi Abdul Razak berkata, pelbagai faktor menyumbang kepada kenaikan itu antaranya disebabkan peningkatan kos ladang termasuk dedak ayam.

"Sebelum ini 30 biji telur gred A boleh diperoleh dengan harga RM11.10, tetapi sekarang meningkat kepada RM12.30.

"Begitu juga gred B kini dijual RM11.70 bagi 30 biji sedangkan sebelum ini RM9.30 manakala gred C daripada RM8.40 meningkat kepada RM10.80," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sementara itu, peruncit, Khim, 39, berkata, kenaikan harga itu sedikit membebankan apatah lagi ketika orang ramai baru memulakan kembali rutin kerja selepas berdepan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada aduan atau rungutan diterima daripada pembeli.

Artikel Berkaitan:

"Kedai saya hanya menjual telur gred B dan saya akui terpaksa jual mengikut harga pasaran semasa untuk seimbangkan keperluan.

"Kalau dulu 5 biji telur kita jual RM1.80, sekarang naik sikit kepada RM2.10," katanya.

Penjual kuih, Robiah Mohd Arip, 69, mengakui terkesan dengan kenaikan harga telur dan mengharapkan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawal harga berkenaan.

"Bila kos barang naik, kuranglah sikit keuntungan yang kita peroleh. Nak naikkan harga kuih macam tak patut, jadi mahu atau tidak terpaksa kita terima juga. Harap kerajaan dapat bantu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!