Mas Ermieyati rayu sokongan, realisasi KM wanita

Mas Ermieyati (kiri) dan Wan Saiful ketika sidang akhbar khas di Bilik Gerakan PN DUN Tanjung Bidara, di Padang Kemunting di Masjid Tanah, di sini, pada Khamis.
Mas Ermieyati (kiri) dan Wan Saiful ketika sidang akhbar khas di Bilik Gerakan PN DUN Tanjung Bidara, di Padang Kemunting di Masjid Tanah, di sini, pada Khamis.
A
A
A

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Calon Ketua Menteri (KM) Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin merayu pengundi negeri ini memberikan sokongan kepada calon PN agar dapat merealisasikan jawatan Ketua Menteri daripada golongan wanita.

Mas Ermieyati yang juga calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, biarpun hanya pencalonan namun merupakan satu pengiktirafan kepada wanita dan bukan satu mustahil untuk dicapai sekiranya mendapat sokongan undian sekali gus mencipta sejarah baharu politik negara.

Menurutnya, masih ada kesempatan dan ruang untuk pengundi di luar sana membuat pilihan keputusan yang terbaik dalam masa sama peluang yang ada akan dimanfaatkan untuk meyakinkan pengundi.

"Dengan kebijaksanaan, kematangan dan juga hak yang ada di tangan mereka, mereka akan memilih calon yang terbaik buat mereka.

"Saya mohon kalau dapat diberikan kepada calon Perikatan Nasional dalam seluruh negeri Melaka supaya kami dapat membentuk kerajaan dan sebagai tawaran kerajaan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar khas di Bilik Gerakan PN DUN Tanjung Bidara, di Padang Kemunting di Masjid Tanah di sini pada Khamis.

Hadir sama Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka PN

Umum Mas Ermieyati calon ketua menteri langkah berani PN

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarkan pecahan jantina dalam DUN itu majoriti pengundi adalah wanita dengan 52 peratus dan selebihnya adalah pengundi lelaki.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai aspirasi yang akan diangkat, beliau mahu memastikan rakyat negeri ini dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi terutamanya nasib golongan wanita dan anak muda mendapat pembelaan.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat dihimpit kesukaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 adalah penting memberi tumpuan ke arah itu.

"Apabila berhadapan pandemik Covid-19 apa paling penting rakyat negeri Melaka ada makanan atas meja," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!