Melaka United 'gegau' Sabah di Hang Jebat

Melaka United meneruskan momentum kejutan pada saingan Piala Malaysia.
Melaka United meneruskan momentum kejutan pada saingan Piala Malaysia.
A
A
A

MELAKA United meneruskan momentum kejutan pada saingan Piala Malaysia apabila menyingkirkan Sabah FC 2-1 untuk mara secara agregat 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat malam ini.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang menanti kunjungan anak buah Datuk Ong Kim Swee dengan bekalan satu gol terlebih dulu di depan menerusi jaringan Adriano seawal minit ketiga.

Gol penyerang dari Brazil itu membolehkan skuad Hang Tuah tersebut mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Tuan rumah yang menang 1-0 semasa perlawanan pertama di Stadium Likas sebelum ini kembali garang pada babak kedua.

Namun skuad Gegau Melaka Gegau itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-78' untuk melebarkan kedudukan sebelum kapten The Rhinos, Risto Mitrevski menjaringkan gol saguhati pelawat pada minit ke-93.

Kemenangan itu menyaksikan Melaka United akan membuat perhitungan dengan KL City di pentas separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!