Semua parti diberi ruang sama rata untuk berkempen

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada sesi santai di laman sesawang secara siaran langsung bertajuk 'Calon atau Parti? Mana pilihan pengundi?' sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di pejabatnya hari ini. - Foto Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada sesi santai di laman sesawang secara siaran langsung bertajuk 'Calon atau Parti? Mana pilihan pengundi?' sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di pejabatnya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan nemberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata pendekatan kempen parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kali ini juga banyak bergantung kepada kreativiti masing-masing.

"Kali ini parti kerajaan juga cukup berdisiplin kerana tidak melibatkan jentera-jentera kerajaan, program-program rasmi kerajaan tidak diadakan dan ini memberikan ruang sama rata antara (calon) kerajaan, pembangkang dan bebas,” katanya dalam siaran langsung ‘Santai FB Live bersama TSAM’ dikongsikan di Facebook rasmi beliau malam ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen juga dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!