‘Hanya Cheng Hoe lebih arif’

Laporan Sukan Sinar pada Rabu.
Laporan Sukan Sinar pada Rabu.
A
A
A

PEMILIHAN barisan 28 pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat Harimau Malaya sebagai persediaan mengharungi kempen Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura yang bermula dari 5 Disember hingga 1 Januari 2021 di Singapura tidak seharusnya dipertikaikan.

Malah dengan status sebagai ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, disifatkan lebih berhak untuk menentukan barisan pemain yang ingin dibawanya memandangkan beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan diperoleh Harimau Malaya pada kejohanan dwi tahunan itu.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, sebagai seorang jurulatih, Cheng Hoe pastinya sudah mengenali dan tahu kemampuan yang dimiliki pemain-pemainnya selain mempunyai kekangan masa untuk menyediakan pasukan terbaik.

Kata Sathia, dengan senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), beliau beranggapan Malaysia mampu mencapai misi yang ditetapkan badan induk itu untuk layak ke perlawanan akhir.

“Kita kena hormat dengan keputusan Cheng Hoe yang tidak memanggil beberapa pemain utama pada kejohanan ini malah dia sendiri sudah menyatakan sebab-sebab kenapa pilih untuk tidak panggil mereka.

“Ini kerana apa-apa yang terjadi pada pasukan negara, yang dipertanggungjawabkan ialah Cheng Hoe dan pihak pengurusan dan bukannya orang lain.

“Jadi Cheng Hoe berhak untuk tentukan siapa yang ingin dibawa.

“Saya yakin Cheng Hoe tahu apa yang dia mahu lakukan memandangkan pemain-pemain yang dia panggil itu semua sudah biasa dengan corak permainan yang diterapkan.

Artikel Berkaitan:

“Jadi untuk masuk final saya rasa pasukan tidak akan ada masalah selagi membuat homework dan ikut kata-kata jurulatih,” katanya yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sathianathan
Sathianathan

Pada Rabu, FAM mengumumkan senarai 28 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bagi saingan Piala Suzuki AFF 2020, namun mendapat reaksi negatif dalam kalangan pemerhati dan komuniti bola sepak negara yang menyifatkan skuad itu sebagai cacamarba.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status Guilherme de Paula yang sekali disenaraikan dalam pasukan kebangsaan Sathia berpandangan, pemain kelahiran Brazil tersebut akan memberi nilai tambah kepada skuad Harimau Malaya.

“Mungkin dengan adanya De Paula, Cheng Hoe boleh mempelbagaikan variasi corak serangan sebab dia boleh pegang bola dengan bagus dan bermain agak baik ketika menentang Uzbekistan tempoh hari.

“Selain itu, Cheng Hoe ada Darren Lok, Syahrel Fikri yang sekarang semakin tajam walaupun baru pulih dari kecederaan malah Syafiq Ahmad yang akan bantu di bahagian serangan.

Sementara itu, Sathia juga melihat kehadiran penjaga gawang Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dipilih pada kejohanan tersebut mampu menyelesaikan masalah kebolosan pada bahagian benteng terakhir pertahanan yang dihadapi pasukan itu pada ketika ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!