Grab utamakan kemudahan dan keselamatan penuhi permintaan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pembukaan semula semua sektor termasuk pelancongan menyebabkan permintaan untuk pengangkutan e-hailing melalui Grab turut meningkat.

Bagi memastikan norma baharu diadaptasi sepenuhnya, Grab berkongsi panduan enam langkah keselamatan dengan GrabProtect.

Pengarah Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, Grab menyediakan kemudahan dan pilihan pengangkutan yang selamat dengan polisi GrabProtect sebagai usaha melindungi pengguna.

“Warga Malaysia kini kembali kepada rutin harian masing-masing dan kami melihat lebih ramai telah keluar rumah dan turut menempah pengangkutan secara lebih kerap.

“Kami harap komuniti dapat menyesuaikannya dengan norma baharu, rakan pemandu pula dapat melaksanakan tugas demi punca pendapatan mereka melalui platform kami,” katanya.

GrabProtect adalah satu inisiatif dengan standard keselamatan dan kebersihan di platform Grab dengan matlamat membantu pengguna selamat tiba ke destinasi.

6 langkah GrabProtect ke arah pemanduan selamat:

Artikel Berkaitan:

1. Borang isytihar kesihatan - Semua rakan pemandu dan penghantar, termasuk penumpang perlu melengkapkan pengisytiharan kesihatan sebelum memulakan pemanduan, menghantar pesanan atau menempah kenderaan. Pemandu perlu isytiharkan tahap kesihatan dan kebersihan secara dalam talian sekurangkurangnya sekali sehari, manakala penumpang perlu lakukannya sebelum membuat tempahan.

2. Wajib pakai pelitup muka - Rakan pemandu dan penghantar Grab termasuk penumpang perlu memakai pelitup muka setiap kali berurusan. Jika salah satu pihak tidak memakai pelitup muka, penumpang atau rakan pemandu boleh membatalkan tempahan dengan memilih “pemandu/ penumpang tidak memakai pelitup muka” (driver/passenger did not wear a mask) sebagai alasan pembatalan.

3. Sanitasi dalam kenderaan - Rakan pemandu dan penghantar dilengkapi dengan pelitup muka dan kit kebersihan untuk melindungi kenderaan dan beg penghantaran. Perkhidmatan nyah kuman (disinfection) terhadap kereta dan beg penghantaran disediakan.

4. Pemantauan perjalanan - Bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang, Grab menggunakan pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang kejanggalan ketika perjalanan. Antaranya, pemantauan melalui GPS, keadaan trafik dan risikan peta. Butiran akan dikongsi dengan pihak berkuasa jika didapati keselamatan penumpang atau pemandu terancam.

5. Butang Kecemasan (Emergency Button) - Menyediakan ketikan sehenti bagi mendapat bantuan kecemasan 24 jam. Polis dan ambulans menyusul mengikut respons yang diberi. Penumpang boleh menambah atau setkan Perhubungan Kecemasan pada ikon setting yang akan dihubungi secara automatik sebaik punat kecemasan diketik.

6. Kongsi Perjalanan Saya (Share My Ride) - Ciri ini membolehkan penumpang berkongsi maklumat perjalanan dengan orang tersayang melalui satu pautan. Butir perjalanan dapat dikesan menerusi sebuah laman web yang dipaparkan sebaik mengetik pautan berkenaan.

Hanya pemandu dan penumpang dengan Risiko Rendah (Low Risk) dan Kontak Kasual Tidak Bergejala (Casual Contact No Symptom) yang tertera pada status risiko MySejahtera Covid-19 layak menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab.

GrabInsure bekerjasama dengan Chubb untuk menawarkan secara percuma Insurans Vaksinasi Pasca Covid-19 (Covid-19 Post Vaccination Insurance) dengan liputan sehingga RM7,800 bagi warga Malaysia (manfaat termasuk untuk pemandu dan rakan penghantar).

Maklumat lanjut tentang pendaftaran untuk insurans tersebut boleh diperoleh dengan berkunjung https://ap.studio.chubb.com/v2/my/grab/post-vaccination/pweb-post-vaccination/en-MY.

Kempen & Pomosi

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan membuka semula industri pelancongan domestik, Grab telah melancarkan pelbagai kempen dan promosi bagi menjamin perjalanan lebih selamat.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2021, pelancong yang menggunakan penerbangan udara diberi potongan sehingga RM10 apabila membuat tempahan dari lapangan terbang terpilih di seluruh negara.Promosi khas lain yang disediakan untuk pelancong termasuklah:

Minggu Peniaga Kecil: Kempen mingguan untuk menggalakkan pengguna menyokong jenama tempatan dan peniaga kecil menerusi GrabFood sambil menikmati penjimatan.

Shop Malaysia Online: Grab menerusi Shop Malaysia Online menawarkan penjimatan sehingga 50% kepada pelanggan GrabFood, GrabMart and GrabPay.

Untuk maklumat lanjut polisi keselamatan Grab, sila layari: https://www.grab.com/my/safety/.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!